pesan Sayyidatina Aisyah :Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang.
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.
Biarlah aku hanya cantik di matamu.
Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki
sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki
bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu
seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi punca
kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan
lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain.
Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku.
Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah.
Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku.
Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

No comments:
Post a Comment